Pernahkah anda terfikir tentang masa yang dihabiskan untuk mendapat ijazah? Pernahkah anda semak berapa banyak perbelanjaan anda keluarkan untuk tempoh tersebut bagi mendapatkan ijazah yang anda impikan? Berapa masa pula yang anda perlukan untuk bayar kembali duit pinjaman, biasiswa, atau menyamai jumlah perbelanjan pendidikan anda?
Ya, pendidikan adalah satu bentuk perlaburan. Ia adalah satu perlaburan sumber manusia (human capital) untuk negara. Satu bentuk perlaburan sumber manusia untuk memudahkan penaja-penaja biasiswa anda untuk mendapatkan pekerja baru untuk mereka. Ijazah anda memang bernilai untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
Cuba anda duduk dan fikirkan jawapan bagi 3 soalan di atas tadi. Anda akan terkejut bahawa ijazah yang anda miliki hanyalah sebagai tempat bergantung untuk menentukan nasib hidup anda di masa hadapan. Sekiranya anda pinjam PTPTN, dapat biasiswa yang perlu dibayar jika anda tolak ontrak kerja, anda bakal dibebani hutang bertahun-tahun lamanya.
Apabila anda tamat pengajian dan dapat pekerjaan yang selayaknya, anda akan mula terfikir untuk mencari kemudahan-kemudahan terbaik supaya anda dapat bekerja dengan selesa. Dalam kata lain, anda perlukan rumah, kenderaan, pakaian-pakaian yang sesuai, internet, dan perkhidmatan telefon.
Bagaimana anda nak dapatkan rumah? Kalau muda dan ada kawan-kawan, anda boleh sewa sahaja di mana-mana. Tetapi kalau anda mahu miliki rumah sendiri, anda perlu duit yang banyak.Mana nak dapat? Hutang dengan bank adalah cara paling lazim dibuat. Tambah lagi satu beban hutang. Selepas ada rumah, takkan nak biarkan kosong tanpa perhiasannya? Maka anda akan keluarkan wang untuk dapatkannya. Anda mungkin tidak hutang, tetapi duit gaji anda adalah tabung yang anda bakal korek.
Biasanya warga kota yang menetap di Kuala Lumpur sejak kecil akan biasa dengan perkhidmatan LRT, Bus RapidKL, KTM dan monorel. Bagi yang berhijrah ke bandar-bandar besar seperti KL, PJ, Subang dan Shah Alam, biasanya mereka datang dengan kereta. Bagi mereka yang muda, motor sudah memadai. Tetapi sekiranya anda dapat pekerjaan yang memerlukan anda sentiasa ke hulu ke hilir, anda akan terfikir untuk cari kereta. Mana nak dapat kereta dengan gaji hanya rm4000 atau rm5000? Maka LOAN BANK akan terbayang di kepala anda. Bertambah lagi satu beban hutang.
Ini hanya dua huraian bagaimana anda akan menjadikan hutang sebagai hobi anda kelak. Selama anda bekerja, gaji anda hanya dikikis oleh bank-bank, PTPTN, EPF, LHDN, dan macam-macam. Apa yang tinggal cukup untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malam ikat perut atau sekadar teh tarik dengan roti canai.
Anda hidup berhutang sehingga boleh diwarisi zaman berzaman. Sekeping ijazah anda hanya sebagai suatu proses untuk anda memenuhi trend tersebut.
Sekirannya anda ada peluang naik pangkat, dan lama kelamaan anda jadi Boss atau manager dengan gaji yang banyak, anda mungkin dapat melegakan beban yang dipikul sedikit demi sedikit. Tetapi anda akan terkejut, semakin tinggi jawatan anda semakin banyak gaji anda dan semakin sedikit masa anda ada untuk diri anda dan untuk keluarga anda. Banyak mana pun gaji anda, anda tiada masa untuk diluangkan bersama orang-orang yang anda suka atau sayang, Hanya hujung minggu ditunggu-tunggu untuk anda berehat dan bersantai bersama kawan-kawan atau keluarga.
Anda doktor? Gaji besar, tetapi sibuk.
Anda engineer? Gaji awal-awal tidak la besar mana melainkan syarikat anda kerja itu syarikat gergasi dunia. Tetapi, sibuk.
Anda pekerja proffesional yang lain? Anda memang bakal menikmati gaji lumayan. Bagi yang muda dan fresh graduate, gaji rm5000 memang lumayan. Tapi, kerja bagai nak rak.
Anda perkerja bukan proffesional? Gaji seciput, masa mungkin banyak. Bagi yang buat part time anda akan cari banyak part time untuk dibuat dalam masa sehari. Jumlah gaji? Masih tak banyak. Masa anda? Habis untuk bekerja sahaja.
Financial Freedom, atau kebebasan kewangan adalah di mana memang banyak duit, dan anda ada banyak masa untuk diri anda sendiri, keluarga, dan kawan-kawan. Anda tiada beban hutang walhal tiada masalah untuk bagi orang berhutang dengan anda.
Untuk mencapai financial freedom, anda tidak semestinya perlukan ijazah atau phD. Skill, kemahiran dan ilmu berkenaan kemahiran adalah resipi. Skill dan kemahiran boleh dibentuk. Tidak semestinya dibentuk dengan segulung ijazah atau diploma.
Masa yang diambil untuk dapatkan ijazah tersebut anda bandingkan dengan masa untuk anda perolehi skill atau mengasah skill sedia ada. Ijazah perlukan wang untuk dibayar ke pensyarah. Tetapi skill dan kemahiran tidak semestinya perlu diperolehi dengan menggunakan wang. Hendak peroleh skill dan kemahiran hanya perlukan masa yang sedikit. Mengasah skill dan kemahiran memerlukan masa dan dedikasi.
Skill dan kemahiran yang anda perlu diolah dan diguna untuk membina perniagaan atau sekurang-kurangnya penciptaan (jika anda memang hebat). Masa 4 tahun yang rakan-rakan anda habiskan di Universiti, anda habiskan untuk membina, mengasah dan mengaplikasi skill dan kemahiran tersebut dalam bentuk perniagaan. Rakan-rakan anda tamat pengajian dan masih terkinjir-kinjir mencari kerja, anda sudah pun berlajar tentang dunia bisnes. Anda ada syarikat sendiri hasil titik peluh sendiri. Anda bakal ada pendapatan lebih lumayan daripada kawan-kawan anda yang baru dapatkan kerja.
Financial Freedom, itu akan anda nikmati kurang dari masa sepuluh tahun berbanding dengan orang bekerja makan gaji.
Fikir-fikirkanlah...
Thursday, March 10, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Don't reinvent the wheel. Make it better.
Kalau nak diterjemahkan ayat tersebut ke bahasa melayu, ia bererti "Jangan cuba mencipta semula roda. Jadikannya lebih bagus." Ayat ini saya perolehi daripada buku 'Getting to plan B, Breaking through a better business model' yang ditulis oleh John Mullins & Randy Komisar. Daripada buku tersebut, terjemahan ayat tajuk post ini adalah untuk membuatkan orang-orang yang suka business untuk mengubah corak, strategi dan model perniagaan menjadi lebih bagus.
Untuk mengubah model perniagaan, seseorang usahawan (atau peniaga sekalipun) tidak perlu berfikir cara baru yang belum pernah wujud untuk membina model perniagaan yang lebih berkesan. Anda tidak perlu cipta atau guna semula atau ulang kembali cara dan strategi dan model yang tidak berkesan atau kurang memberi impak yang bagus terhadap perniagaan anda.
Jadi apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda mahu perniagaan anda untuk pergi lebih jauh dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar sedia ada?
Anda perlu tiru sahaja! Nak tiru apa? Dariapada siapa? Macam mana?
Tiru yang dimaksudkan adalah anda perlu buat beberapa perkara yang syarikat-syarikat yang sama industri dengan anda (atau yang mempunyai kaitan dengan perniagaan anda) lakukan. Tidak semua perkara boleh ditiru dan sesuai dengan perniagaan anda. Tiru atau copy cat adalah perkara yang perlukan kajian dan penelitian. Sudah tentu anda perlu tahu apa yang perlu anda tiru dan adakah anda tiru daripada orang yang anda layak tiru. Kalau anda berada dalam dewan peperiksaan, anda mesti mahu tiru daripada orang yang lebih hebat daripada anda!
Anda perlu tahu soalan apa yang anda tidak tahu nak jawab supaya anda tidak meniru jawapan yang salah daripada orang yang lebih pandai tersebut!
Oleh itu, meniru dalam perniagaan (tiru model dan strategi perniagaan) adalah tidak salah. Tetapi sekiranya anda meniru produk, anda mungkin boleh dihukum sekiranya produk tersebut sudah ada paten. Fikirkan bagaimana syarikat AirAisa, ZARA, Starbucks, Apple dan macam-macam lagi syarikat gergasi dunia yang lain menjadi hebat seperti yang anda sudah maklum. Banyak lagi langkah yang anda perlu lakukan selepas meniru. Membina model perniagaan yang berkesan tidak terhenti dengan hanya meniru. Luaskan ilmu perniagaan anda. Tukarkan status anda daripada PENIAGA kepada USAHAWAN, daripada usahawan kecil kepada USAHAWAN BESAR dan disegani.
Subscribe to:
Posts (Atom)