Sejak
akhir akhir ni sy terbaca kisah pembunuhan orang islam di Myanmar. Baru
baru ni, ada seorang hamba Allah ni masuk ke halaman rumah aku kerana
pagar tidak berkunci, lalu dia mengetuk pintu rumah dan memberi salam.
Aku bertanya dia daripada mana, dia menjawab dia perlarian dari Myanmar.
Pemegang pass UNCHR. Teringat pula aku pernah bertanya kepada tukang
potong rumput rumah aku, dia kata orang
yg berstatus Perlarian memang susah nak dapatkan pekerjaan di Malaysia.
Maka, terasa sebak hati apabila melihat air muka hamba Allah yg datang
ke rumah aku tu. Dia bukan meminta sedekah, tetapi hanya menjual sehelai
kertas fotostat bacaan doa harian. Terpulang lah berapa yg nak diberi
kepadanya. Lalu aku menghulur beberapa yg ada dalam walletku. Pada hari jumaat pula aku ke masjid di Kg. Pandan untuk solat jumaat. Setiap kali aku lalu pintu masuk masjid tersebut, hamba Allah seorang wanita meminta sedekah. Dia telah lama meminta sedekah. Sejak daripada anak yg dia kendong tu kecil sehinggalah anaknya turut meminta sedekah. Aku tak pernah hulur seSen pun kepada mereka kerana berfikiran tak nak menggalakkan orang meminta sedekah. Tapi, aku baru sedar, si Ibu tu adalah perlarian Islam yang mungkin tidak dapat bekerja di Malaysia. Hanya sedekah sahaja yang mampu dipinta setiap kali Jumaat.
Sekiranya
anda berjumpa perlarian Myanmar seIslam, bantu lah mereka. Bukan niat
mereka nak menjadi perlarian. Bukan niat mereka nak meminta minta. Tapi
mungkin kerana sesuap nasi untuk dirinya dan keluarga. Setidaknya ada antara mereka yang menjual tisu atau sekeping kertas biasa. Mereka berniaga seperti saranan Nabi kita.
Apabila aku melepak dengan kawan kawan di kedai makan, ada yang order air pelbagai rasa dan warna. Kebanyakan mereka tidak menghabiskan air minuman mereka sehabis habisnya. Tidak bersyukur dengan rezeki yang ada. Jikalau di saat kesempitan wang, boleh pula mereka mengadu domba. Menyalahkan kerajaan mahupun pembangkang dengan tomahan pelbagai cerita. Tetapi mereka lupa untuk menghargai minuman yang berbaki di dalam cawan masing-masing. Samalah juga ceritanya mengenai makanan di pinggan masing masing.
Kisah pembunuhan orang Islam tersebut, kisah perlarian saudara kita di Malaysia harus kita perlajari.
APA PUN UNTUK DIRI
KITA, BERSYUKUR LAH DENGAN KEAMANAN YANG KITA ADA SETAKAT HARI INI, DAN
PERLIHARA LAH IA. BERSYUKURLAH SEKIRANYA ANDA HIDUP SELESA DAN MEMPUNYAI
REZEKI MELIMPAH RUAH. USAHALAH DAN UBAHLAH TARAF HIDUP ANDA, SEMENTARA
ANDA MASIH ADA KEMAMPUAN.
KEJAYAAN ITU PENTING. TETAPI BERSYUKUR ITULAH MERUPAKAN KEJAYAAN YANG
SEBENAR.